Persediaan Teater Kami
Assalamualaikum... ๐๐๐
Pada 13 Oktober 2017, sempena Bulan Bahasa Inggeris guru- guru kami bercadang untuk mengadakan pertandingan teater untuk menggalakkan kami bercakap bahasa inggeris dengan lancar dan mendidik kami untuk menjadi seorang yamg berani berdiri di hadapan khalayak ramai. Sekolah kami mengadakankan pertandingan teater diantara tingkatan 1 dan tingkatan 2. Kami sangat teruja, kerana ini pertama kali kami merasai pengalaman ini. Kami membuat persiapan 3 minggu sebelum pertandingan itu berlansung.
Setelah berbincang dengan semua rakan- rakan. Kami bercadang untuk membuat tajuk 'Big Onion and Small Onion'. Cerita ini, kami hanyalah berbolak- balikkan cerita dari cerita bawang merah dan bawang putih.'Big Onion' adalah seorang yang kecil dan jahat manakala 'Small Onion pula sebenarnya besar tetapi baik. 'Big Onion dan Small Onion' kedua-duanya adalah lelaki dan pengakhiran cerita itu ada seorang puteri terdengar bacaan al-quran yang sangat merdu yang dibaca oleh 'Small Onion' puteri itu terpikat dan akhirnya mereka berkahwin.
Kami sangat teruja untuk mempersembahkan cerita itu kepada yang lain. Kami banyak membuat persediaan untuk persembahan teater itu kerana kami ingin teater itu berjalan dengan lancar. Kami diberikan tugasan masing-masing. Seperti, oraang yang akan menjaga bahagian lagu ketika teater sedang berjalan (IT), orang yang akan menukarkan barang- barang diatas pentas tersebut (PROP), pelakon, penulis skrip dan pengarah. Kepenatan itu sentiasa ada pada wajah- wajah kami tapi kami tidak hiraukan kerana kami mahu kan yang terbaik untuk semua orang.
Persediaan teater ini sangatlah memenatkan dan susah kerana semua kita pelu buat sendiri. Kami masih bersekolah jadi susahlah untuk kami membeli peralatan-peralatan ini, jadi kami harus membuatnya menggunakan barang-barang yang terpakai seperti kotak, botol, surat khabar dan lain- lain.
Perasaan kami, ketika kami mempersembahkan teater kami amat teruja sekali. Kami berharap kami dapat menggembirakan penonton dengan persembahan yang kami lakukan. Dan kami berharap kami dapat membuat teater yang seterusnya dengan lebih baik daripada sebelum ini.
Assalamualaikum....
Fxrzxny

Comments
Post a Comment